校史

1929 - 1931 - Dua buah sekolah cina telah ditubuhkan di Senai. Salah satunya “ SENAI SCHOOL”.

1937 - Kedua-dua buah sekolah ini bercantum menjadi satu iaitu ‘ SEKOLAH CHONG ZHENG’.

1941 - 1945 - Semasa Perang Dunia Ke II, sekolah ini ditutup.

1945 - Setelah tamatnya Perang Dunia Ke II, sekolah dibuka semula. Bilangan murid semakin bertambah..

1953 - Bangunan 2 tingkat dibinakan, tingkat atas ialah dewan dan tingkat bawah ialah pejabat guru.

1958 - Nama sekolah ditukarkan kepada SRJK (C) SENAI.

1981 - Dewan Sekolah ditubuhkan.

1987 - Pada bulan September, sebuah bangunan baru 2 tingkat yang merangkumi 10 buah bilik darjah siap dibina untuk menampung bilangan murid yang semakin bertambah.

1990 - Atas usaha semua warga sekolah dan para dermawan, sebuah bangunan 3 tingkat didirikan.

1996 - Memandangkan pmbangunan kawasan perumahan yang begitu pesat di kawasan Senai, satu lagi bangunan baru 3 tingkat telah dirancangkan.

1997 - Bangunan ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Dato’Seri Dr. Fong Chan Onn bersama seorang dermawan En. Ong Eng Loon pada 12 September 1997.

1998 - Bangunan kantin diubahsuai dan diperluaskan supaya dapat menampung murid-murid sekolah ini yang kian bertambah.

1999-2001 - Pembinaan pagar batu di sekeliling sekolah.

2003 - Bangunan kantin diubahsuai dan diperluaskan lagi supaya dapat menampung murid-murid sekolah ini yang kian meningkat. Dewan lama diubahsuaikan jadi bilik darjah dan Bilik KH dan Agama. Pembinaan Dewan Serbaguna SJK (C) Senai
dijalankan.

2004 - Dewan Serbaguna telah siap dibina dan akan dirasmikan pembukaannya pada tahun 2005.

2005 - Dewan Serbaguna telah dirasmikan pembukaannya pada 22 Desember 2005 oleh YB Dato Lim Si Cheng

KINI KELUARGA SJK (C) SENAI MEMPUNYAI SERAMAI 1330 WARGA SEKOLAH, 65 ORANG GURU
DAN 6 ORANG KAKITANGAN DIBAWAH NAUNGAN GURU BESAR ENCIK CHUA LAY KAH
Comments